January 31, 2010

final checking

Kali ni aku nak post panjang sikit. sebab maybe aku dah tak boleh nak online. sebab. masuk asrama. hooreyy!! ok sebenarnya aku tak ada apa-apa perasaan pun.

tapi macam tak "complete" la. cadar dengan selimut kene beli. cop sekolah katakan. tapi esok koop tak bukak. memang haremm. baju pun cop sekolah. lengan panjang. tiada kompromi la tapi aku nak tidur tak ada baju lengan panjang la. yang ada pun kaler hitam. tu pun dapat masa pergi kem. ish ish ish.

aku takut gak nak tinggal kat asrama ni. lagi-lagi dalam sekolah. sekolah dah berzaman pulak tu. banyak kes aku dengar pelik-pelik kat situ. huhu choh.

tapi aku nak bagitau la, aku banyak bawak buku + fail. baju pun sekadar baju sekolah+baju kurung+baju hari jumaat+baju hari rabu. dan ehem-ehem la.haha

tapi best duduk asrama sebab tak payah nak kemas rumah. aku dah malas dah bab nak kemas rumah ni. hari2 ada jer masalah. haha gila lah.

takda idea jap........

ouh, rumah aku yan tengah renovate aku tak tengok lagi. kesian kan. bapak aku kata tandas bilik aku lawa. huhu. tu baru tandas. tak tengok master bedroom lagi. serba hitam kot. gothic theme la katakan.

korang doakan aku agar mata aku segar-bugar masa kat sekolah k. sebab ramai student kat sana ngantuk gara2 asrama. cikgu BM aku dah la suka "attack" aku. tak sah kalau masa dia aku x kene cubit. cilaka!! malu jugak la. aku dah la tak minat komsas. aku minat karangan jer.[cehh bajet jer]. satu hari tu ada group nak buat lisan. dia tanya la budak kelas siapa belum baca. then dia soal. fuhh, aku tercengang tak boleh nak buat apa-apa.

takder idea lagi.........

ouh yer. maybe aku balik sebulan sekali. KOT!!! lama la dol.

notakaki:aku malas nak post entry ni masa ramai orang. so sekarang ni semua dah tidur. setakat ni jer la aku punya cerita kot. aku dah tak de cerita nak story mory.

notakaki2:dey, aku ajak korang keluar lain hari agak-agak korang busy ker free eh. takut la nak predict korang punya masa senggang ni, agak-agak kalau macam ermmm.... ahh tak yah

January 21, 2010

aien, rindu kau

yeay intervensi habis esok. 1 paper jer. akaun. lepastu aktiviti sehat. gotong royong. yeay aku suka. thank you teacher.[perli~]

ouh, tittle takder kene mengena tapi aku suka. haha.

tadi paper agama aku merapu jer jawab. yer ar masa suntuk doe nak ulangkaji. math pun sama. thanks kawan-kawanku di seri mulia. bagi soklan bocor. amacam soalan sejarah korang? mesti dapat jawab en. saling tukar-tukar gitu.

January 16, 2010

i have decided to delete my previous entry. why? adalah.